Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Syarikat industri perkilangan di Perak digesa guna teknologi hijau


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





LUMUT, 30 April (Bernama) -- Syarikat industri perkilangan di Perak digesa menghasilkan produk menggunakan teknologi hijau yang dilihat lebih menjimatkan dan mesra alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata ini kerana penggunaan teknologi hijau mampu mengurangkan kemusnahan alam sekitar dan pelepasan gas rumah hijau seterusnya membantu meningkatkan kadar kesihatan serta persekitaran semula jadi.

"Penggunaan teknologi hijau ini bukan hanya memberi rangsangan kepada persekitaran, tetapi dapat membawa penjimatan terhadap produk-produk yang dihasilkan menerusi teknologi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Sesi Taklimat dan Perangkaian Insentif Teknologi Hijau dan Pemudahan’ di  Lumut Maritim Terminal Sdn Bhd, di sini, hari ini..

Menurutnya, pihak industri boleh memohon insentif kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)  sekiranya mahu melaksanakan projek dan perkhidmatan berteknologi hijau. 

Mohammad Nizar berkata kerajaan telah menyediakan beberapa insentif bagi menggalakkan pembangunan industri teknologi hijau dalam bentuk Elaun Cukai Pelaburan bagi pembelian aset teknologi hijau dan pengecualian cukai pendapatan bagi penyediaan perkhidmatan dalam teknologi hijau.

Beliau berkata selain industri perkilangan, kerajaan negeri turut mengalakkan industri pertanian dan kawasan penempatan supaya memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi hijau di kawasan mereka.

"Kita mahu mereka melaksanakan teknologi hijau ini sebagai tenaga alternatif yang dapat memberi banyak kelebihan dalam tempoh jangka masa panjang," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel