Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan dua lelaki Nepal, seorang lelaki tempatan bersama arak dan rokok


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





JOHOR BAHRU, 30 April (Bernama) – Polis menahan dua lelaki rakyat Nepal dan seorang lelaki tempatan serta merampas sejumlah arak dan rokok tidak bercukai daripada mereka dalam operasi bersepadu di sebuah premis di Jalan Idaman, Taman Desa Idaman, dekat Senai, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata ketiga-tiga mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun  ditahan pada 10 malam selepas polis bertindak atas maklumat awam.

“Kesemua arak berkenaan melibatkan 326 botol whiski dengan pelbagai isipadu berbeza manakala kesemua rokok melibatkan 63 karton pelbagai jenama.

“Kesemua barangan berkenaan bernilai RM2,500, " katanya dalam  kenyataan di sini hari ini.

Tok berkata selain arak dan rokok, pihaknya turut merampas sehelai kertas tertera tulisan dan angka-angka penjualan barangan terbabit dan wang tunai RM2,529.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan berserta barang rampasan dibawa ke Ibua Pejabat Polis Daerah Kulai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 32 (1) Akta Eksais 1976, Seksyen 135 Akta Kastam dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel