Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Geran MPKK ditambah sehingga RM100 juta - Rina


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





MELAKA, 30 April (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menambah jumlah peruntukan Geran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sehingga RM100 juta berbanding peruntukan sedia ada pada tahun ini iaitu sebanyak RM50 juta, kata Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata penambahan peruntukan itu bagaimanapun akan melihat kepada jumlah permohonan yang diterima daripada 15,441 MPKK di seluruh negara dan penilaian semula bajet KPLB pada pertengahan tahun ini.

Katanya usaha itu bagi memastikan lebih banyak MPKK di seluruh negara dapat memanfaatkan geran tersebut bagi meningkatkan ekonomi penduduk melalui pelbagai aktiviti termasuk pertanian sekali gus membuka peluang pekerjaan baharu, menceria dan mensejahterakan kampung serta menggerakkan aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

"Setakat ini kita melihat respon MPKK melalui permohonan geran itu sangat baik dan ia semakin meningkat berbanding satu dua bulan sebelum ini selepas kita mengadakan kursus induksi untuk MPKK bagi menjelaskan kepentingan geran ini.

"Kita tidak ragu-ragu untuk memohon kerajaan pusat untuk menambah peruntukan awal yang berjumlah RM50 juta sehingga RM100 juta pada tahun ini bagi memastikan lebih banyak MPKK mendapat geran berjumlah RM10,000," katanya kepada pemberita selepas Lawatan Kerja ke Melaka di sini, hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa hampir satu jam melawat Balai Raya Pengkalan Minyak di Ayer Molek sebelum ke Surau Kampung Bukit Pulau di Bukit Baru yang turut dihadiri Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Rina berkata sehingga 23 April lepas, lebih 50 peratus atau RM25.13 juta daripada peruntukan RM50 juta di bawah Geran MPKK telah disalurkan ke seluruh negara menerusi kerajaan negeri masing-masing.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga, pihaknya menerima sebanyak 482 permohonan daripada MPKK di seluruh negara dan daripada jumlah itu sebanyak 277 permohonon telah diluluskan.

Sementara itu, katanya pihaknya telah selesai mengadakan kursus induksi untuk semua MPKK kecuali di Sabah dan inisiatif itu membantu MPKK terlibat meningkat ilmu dalam pengurusan serta pentadbiran kampung dengan lebih baik.

"Melalui kursus induksi itu, MPKK diajar cara menyediakan kertas kerja atau perancangan untuk membangun dan memajukan kampung selain mendapatkan Geran MPKK ketana kebanyakan daripada mereka baharu dilantik memegang jawatan itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rina berkata KPLB telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM5.42 bilion untuk pembangunan masyarakat desa atau luar pada tahun ini, meningkat lebih 40 peratus berbanding RM3.86 bilion  pada tahun lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu, Melaka memperoleh sebanyak RM24.36 juta untuk melaksanakan pelbagai pembangunan termasuk projek ameniti sosial, jalan perhubungan desa, jalan luar bandar dan Majlis Amanah Rakyat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel