Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

HIP, DLP rancakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





KUALA KRAI, 30 April (Bernama) -- Program Highly Immesive Programme (HIP) dan Dual Language Programme (DLP) yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membantu merancakkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan pelajar.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) KPM Shaari Osman berkata bahasa Inggeris mula diberikan perhatian sejak beberapa tahun lepas oleh kementerian itu dalam menyediakan pelajar yang mampu bersaing di peringkat global selepas menamatkan pengajian mereka.

"Apa yang kita buat setakat ini dengan dua program berkenaan ternyata telah memberikan hasil. DLP memberi peluang kepada sekolah untuk memilih mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

"HIP pula menyediakan ruang kepada murid dan pelajar untuk menguasai bahasa berkenaan dengan bantuan persekitaran seperti poster dan program pengucapan awam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di sini, hari ini.

Beliau berkata apa yang penting murid dan pelajar ini perlu membuang rasa malu dalam diri mereka untuk mempraktikkan bahasa Inggeris melalui pertuturan secara lisan agar dapat menguasai bahasa berkenaan.

Ditanya adakah kedua-dua program itu mendapat reaksi negatif daripada ibu bapa sebagaimana yang berlaku terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam  Bahasa Inggeris (PPSMI), beliau berkata ramai ibu bapa menyokong kedua-dua program berkenaan.

"Ibu bapa kini lebih memahami penguasaan bahasa Inggeris yang dapat membantu anak-anak mereka untuk bersaing dengan lebih baik di peringkat global.

"Kedua-dua program ini juga bukanlah satu dasar daripada KPM dan sekolah boleh memilih untuk menyertai ataupun tidak program berkenaan," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel