Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Balu, anak Editor Bernama layak dapat pencen penakat


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





LANGKAWI, 30 April (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perlis sedang dalam proses mendapatkan dokumen lengkap serta mengemaskini butiran mengenai Editor Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Adnan Jahaya, 58, yang meninggal dunia Ahad lepas sebelum membuat bayaran pencen penakat kepada waris terdekat

Pengarah Perkeso Perlis, Basharudin Khalid berkata berdasarkan maklumat awal yang diterima waris terdekat Allahyarham Adnan iaitu balu dan anak-anaknya layak untuk menerima bayaran pencen penakat.

"Hasil semakan mendapati, caruman Perkeso Allahyarham melayakkan warisnya untuk menerima pencen penakat memandangkan beliau meninggal disebabkan sakit jantung. Kita akan berjumpa dengan waris untuk mendapatkan maklumat lengkap,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Basharudin berkata balu Allahyarham akan menerima bayaran pencen penakat seumur hidup manakala anak-anaknya akan mendapat sehingga berusia 21 tahun.

“Sekiranya ada anak-anak yang masih belajar mereka akan mendapat sehingga peringkat ijazah pertama. Bayaran akan diagihkan kepada balu dan anak-anak mengikut share masing-masing,” katanya.

Basharudin berkata selain pencen penakat, keluarga Allahyarham Adnan juga akan menerima bayaran pengurusan jenazah berjumlah RM2,000.

"Bagi bayaran pengurusan jenazah kita akan bayar sebaik dokumen lengkap terus ke dalam akaun balunya, manakala bayaran pencen penakat sebaik dokumen lengkap kita jangka boleh dibayar pada bulan pertama selepas Allahyarham meninggal dunia," katanya.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel