Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peluang berbuka puasa sambil menikmati keindahan Sungai Terengganu di TTI


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





KUALA TERENGGANU, 30 April (Bernama) -- Orang ramai yang berhasrat mencipta kelainan dalam majlis berbuka puasa bersama keluarga dan kenalan disarankan berkunjung ke Taman Tamadun Islam (TTI).

Pakej yang ditawarkan bukan sahaja berbaloi tetapi juga memberi peluang menikmati hidangan di tepi Sungai Terengganu dan boleh menyusurinya menerusi feri Crystal Cruise. 

Pakej feri tersebut dibuka untuk tempahan berkumpulan iaitu minima 30 orang dengan harga RM68 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak dan warga emas. 

Pengurus Besar TTI Management Sdn Bhd Fazrul Isham Mohd berkata feri akan mula bergerak menyusuri Sungai Terengganu dari Jeti Tok Ku Paloh di TTI pada pukul 6.30 petang sehingga ke Shahbandar untuk menikmati keindahan alam.

“Pengunjung boleh merakam foto serta video pemandangan menarik dari sungai seperti Masjid Kristal, Pasar Payang dan lokasi berhampiran jambatan angkat baharu 'Drawbridge'.

"Sejurus tembakan meriam dilepaskan (tradisi menandakan waktu berbuka puasa di Kuala Terengganu), pengunjung akan disajikan dengan hidangan dan pulang semula ke jeti untuk menunaikan solat Maghrib," katanya ketika ditemui Bernama.

Selain promosi tersebut, pihak TTI juga menawarkan bayaran serendah RM48 untuk menikmati 70 hidangan istimewa menerusi pakej berbuka puasa 'Citarasa Ramadan' di restoran Bbeteng, yang memberi peluang menikmati hidangan dengan suasana santai di tepi Sungai Terengganu.

Sebut sahaja apa makanan dan pencuci mulut tradisional rakyat Terengganu, seperti asam gupal serta rojak kateh, semuanya ada disediakan dalam pakej istimewa di pusat tumpuan pelancong itu.

Fazrul Isham berkata buffet ramadan di restoran itu bermula pukul 6 petang hingga 9 malam.

Katanya, terdapat juga promosi berbuka puasa di pusat konvensyen untuk tempahan secara berkumpulan (minimum 300 orang dewasa) yang lengkap dengan dewan berhawa dingin di mana bayaran hanya RM38 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Pada tahun ini juga, TTI buat julung kalinya memperkenalkan hidangan menu baharu dari Pakistan iaitu Nasi Hydrabad yang dimasak bersama daging masala, ayam masak hitam dan ayam masak kari yang diolah mengikut citarasa tempatan.

Terdapat enam menu disediakan secara giliran mengikut tarikh yang ditetapkan TTI untuk pengunjung berbuka puasa di tiga lokasi mengikut minat mereka di mana sambutan setakat ini amat menggalakkan terutama dari sektor korporat, syarikat swasta dan jabatan serta agensi kerajaan. 

"Kami masih menerima tempahan buffet Citarasa Ramadan ini yang menjanjikan pengunjung kepuasan 70 pilihan hidangan yang sangat enak serta pengalaman manis yang akan menjadi kenangan buat mereka.

"Sehubungan itu, pihak yang berminat membuat tempahan boleh menghubungi kami melalui talian 09-6278888 untuk maklumat lanjut," katanya.  

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel