Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Malaysia Baharu: Rakyat bukan mahukan perubahan tempel-tempelan - Mohamed Azmin


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





MELAKA, 30 April (Bernama) -- Dalam era Malaysia Baharu masa ini rakyat bukan mahukan kerajaan membuat perubahan bersifat 'tempel-tempelan', sebaliknya rakyat mahukan perubahan yang memberi kesan substantif terhadap kehidupan mereka.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata rakyat tidak mahu sebuah kerajaan yang riuh berbicara tentang penjenamaan semula tetapi langsung tidak memberi apa kesan kepada mereka.

"Malaysia Baharu yang dimahukan rakyat adalah Malaysia yang mendayakan rakyat. Perubahan daripada kerajaan yang memperbodohkan rakyat kepada kerajaan yang peka dan bukan pekak kepada keperluan rakyat. Aspirasi rakyat kita penuhi dan sayangi rakyat.

"Sebagai kerajaan yang peduli rakyat, yang peduli usaha mendayakan rakyat kita fasilitate mereka. Kita mesti jadi kerajaan peka kepada isu rakyat seperti kos sara hidup dan sebagainya, rajin bekerja demi rakyat dan negara," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ucaptama bertajuk "Pembangunan Harapan Rakyat: Mekanisme Malaysia Baharu atau Satu Penjenamaan Semula" pada Seminar Melaka Berwibawa di Bandar Hilir di sini hari ini.

Seminar dua hari bermula semalam dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari hari ini dan turut hadir Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, barisan exco Kerajaan Negeri dan lebih 400 peserta.

Mohamed Azmin berkata kejayaan terbesar Pakatan Harapan dalam menuju setahun pada 9 Mei ini adalah membina sebuah kerajaan demokratik yang bersih dan meruntuhkan kerajaan kleptokrasi sebelum ini.

"Jika tiada kesungguhan ini, negara akan runtuh. Ketirisan akan sebabkan wang rakyat itu hilang dan rakyat akan menerima kesannya," katanya.

Pada ucapan itu juga beliau turut mengumumkan peruntukan pembangunan berjumlah RM660 juta bagi negeri Melaka tahun ini bagi melaksana 116 projek untuk kesejahteraan rakyat antaranya projek tebatan banjir, jaringan jalan raya dan keperluan kesihatan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita beliau berkata semua pihak harus menghormati kerajaan Pakatan Harapan yang dibentuk atas sokongan rakyat dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai tanggungjawab mempertahankan kepimpinan dan kerajaan yang dibentuk itu.

"Saya seru semua pihak supaya tidak 'undermind' kepimpinan Tun Dr Mahathir kerana beliau dipilih oleh rakyat dan sedang menumpukan sepenuh tenaga untuk membangunkan ekonomi dan negara. 

"Beliau hanya mahu mempertahankan prinsip 'rule of law', semua pihak harus menghormati prinsip undang-undang," katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita mengenai isu pertikaman lidah antara pihak di Istana Johor dan Dr Mahathir.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel