Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Kelantan buat pemantauan di semua rumah ibadat


Tarikh kemaskini: 30/04/2019





KOTA BHARU, 30 April (Bernama) -- Polis Kelantan mengarahkan anggotanya dan anggota berpakaian awam melakukan pemantauan di semua rumah ibadat di negeri ini berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Bukit Aman.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata setakat ini, keadaan terkawal dan aman seperti biasa dan tiada mana-mana ketua rumah ibadat di negeri ini dipanggil untuk apa-apa perkembangan.

“Di sini hanya satu sahaja kedutaan luar yang ada iaitu Konsul Thai dan ianya dalam radar pihak polis, selain pemantauan daripada polis di sini, mereka juga ada membuat kawalan sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Ketua Polis Kelantan bersama Media Kelantan di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, wartawan sambilan Bernama Biro Kelantan, Adnan Mohamad dan jurugambar sambilan, Shahuri Awang menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Kelantan sempena Sambutan Hari Polis ke-212.

Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata polis akan terus membuat pemantauan dan berpesan kepada orang ramai supaya tidak memainkan sentimen agama bagi mengelakkan kekacauan.

“Jika mahu melakukan amal ibadat...tidak kiralah sama ada di masjid atau rumah ibadat bukan Islam, buatlah tapi jangan cuba melakukan kekacauan di sini," katanya.

Minggu lepas, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) polis di seluruh negara diarah supaya mempertingkatkan kawalan serta rondaan terhadap semua kedutaan atau pejabat perwakilan asing serta rumah ibadat di negeri masing-masing untuk bersiap siaga terhadap apa jua ancaman.

Tindakan ini adalah antara langkah proaktif Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan serangan keganasan terbaharu di Sri Lanka pada Ahad lalu serta Christchurch, New Zealand pada 15 Mac.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel