Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Laporan penuh siasatan kebakaran Rapid Pengerang dijangka keluar dalam masa sebulan


Tarikh kemaskini: 29/04/2019





JOHOR BAHRU, 29 April (Bernama) -- Hasil siasatan terperinci mengenai kebakaran di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), Pengerang, lebih dua minggu lalu, dijangka dapat dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) Malaysia Ir Omar Mat Piah berkata siasatan dijalankan terhadap insiden kebakaran di kompleks bersepadu itu bagi tujuan memastikan syarikat dan pihak berkaitan mematuhi standard yang ditetapkan.

“Kami telah melakukan siasatan dan sedang mengumpulkan semua bukti untuk membuat satu laporan terperinci siasatan (mengenai kejadian kebakaran) itu.

“Contohnya, paip-paip di tempat kejadian, kita potong, ambil dan hantar ke makmal untuk analisis selanjutnya. Bila kita sudah dapat semua bukti, barulah kita selesai dengan siasatan,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat negeri, di sini hari ini. 

Beliau menambah lokasi yang terbabit dengan kejadian kebakaran dan letupan di Pengerang itu dihentikan operasinya buat sementara waktu.

“(Operasi) di kawasan itu dihentikan (buat sementara waktu) sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan semula,” kata Omar.

Pada 12 April lepas, satu kejadian kebakaran dan letupan di kompleks berkenaan telah mengejutkan penduduk setempat serta turut mengakibatkan sedikit kerosakan harta benda di beberapa kampung berdekatan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Terdahulu, seramai 200 peserta terdiri daripada majikan dan pekerja dari pelbagai industri menghadiri seminar berkenaan yang antara lain menyentuh mengenai garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel