Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Husam sedia jadi orang tengah isu tuntutan royalti petroleum


Tarikh kemaskini: 28/04/2019





BACHOK, 28 April (Bernama) -- Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa berkata kerajaan PAS Kelantan sepatutnya menggunakan khidmatnya dalam penyelesaian berhubung tuntutan royalti petroleum daripada Petronas.

Beliau berkata tuntutan royalti itu memang pada asalnya adalah perjuangannya dan beliau sudi menjadi 'orang tengah' dalam isu berkenaan.

“PAS sepatutnya ‘guna’ saya untuk jadi orang tengah kerana saya memperjuangkan hal ini (royalti minyak).

“Tetapi oleh kerana PAS dia tidak mahu menggunakan khidmat saya, jadi lambat sikit (dapat royalti). Nak buat macam mana?…oleh kerana kerajaan negeri dia ada pakar-pakar, jadi khidmat orang macam saya tidak diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penuaian Padi Jenis UKMRC8 yang dihasilkan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia di Bendang Badak Mati, di sini, hari ini.

Husam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berkata, jika PAS mahu bekerjasama dengannya untuk menjadi orang tengah, beliau sentiasa sudi.

Sebelum ini, prosiding penarikan saman royalti minyak kerajaan PAS Kelantan ke atas Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah, ditangguhkan kepada 17 Mei depan selepas ketidakhadiran wakil Petronas dan Kerajaan Persekutuan pada 17 April lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata kerajaan negeri masih menunggu keputusan mengenainya disebabkan perkara itu hanya boleh diputuskan di dalam mahkamah.

Penarikan saman royalti minyak kerajaan negeri ke atas Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan kerajaan Persekutuan sebagai pencelah, hanya dibenarkan jika Petronas bersetuju dengan tindakan tersebut.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kerajaan negeri Kelantan berharap wakil Kerajaan Pusat dan Petronas  hadir ketika prosiding penarikan saman royalti minyak di mahkamah pada 17 Mei nanti. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel