Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri sedia pertimbang wujudkan skim bantuan bapa tunggal


Tarikh kemaskini: 25/04/2019





SEREMBAN, 25 April (Bernama) -- Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan skim bantuan kepada bapa tunggal menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekiranya terdapat keperluan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon.

Beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan berkaitan.

“Sebenarnya tidak ada bantuan kepada bapa tunggal tetapi kita akan pertimbangkan jika ada keperluan...setakat ini kita tidak terima apa-apa permohonan.

“Kalau ada memang kita sedia untuk membantu. Tetapi apa yang kita ada sekarang di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, iaitu Papacare dan mungkin ini menjadi permulaan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Yap Yew Weng (DAP-Mambau) yang ingin tahu mengenai status Skim Bapa Tunggal.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel