Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

LRA Simpang Renggam henti operasi, bacaan kandungan ammonia tinggi 


Tarikh kemaskini: 24/04/2019





JOHOR BAHRU, 24 April (Bernama) -- Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam dihentikan operasi sejak semalam berikutan bacaan kandungan ammonia yang tinggi dan melebihi had yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata disebabkan pencemaran itu 15,000 pemegang akaun di Simpang Renggam dan 8,000 di Pontian terjejas akibat gangguan bekalan air.

Katanya, pencemaran dipercayai berlaku apabila benteng kolam air larutan serapan di Tapak Pelupusan CEP 1 Simpang Renggam pecah akibat hujan lebat.

"SAJ terpaksa menghentikan operasi kerana kualiti sumber air mentah merosot akibat kandungan ammonia tinggi melebihi had yang dibenarkan iaitu  1.5 ppm.

"Setakat 12 tengah hari tadi, bacaan air di Sungai Ulu Benut telah mencatatkan bacaan 16 ppm sehingga menyebabkan LRA Simpang Renggam tidak dapat beroperasi membekalkan air bersih," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Puah berkata  sekiranya bacaan ppm  tersebut menurun ke paras yang dibenarkan, tindakan sewajarnya akan diambil agar operasi memproses bekalan air bersih dapat dijalankan seperti biasa.

"Saya juga telah mengarahkan supaya Ranhill SAJ sentiasa kemas kini maklumat terbaru dan menyebarkan kepada orang awam terutamanya kepada pengguna yang terjejas.

Menurutnya,  Ranhill SAJ juga mengerahkan 30 lori tangki air ke kawasan yang terjejas dan keutamaan adalah untuk sekolah dan hospital terlibat.

"Diharapkan agar pengguna yang terjejas boleh bersabar sedikit dengan keadaan ini dan pejabat saya akan sentiasa memantau bacaan ammonia," katanya.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel