Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penyelesaian berhemah bagi penduduk terlibat projek landasan kereta api berkembar


Tarikh kemaskini: 21/04/2019





KLUANG, 21 April (Bernama) -- Masalah yang dihadapi oleh beberapa penduduk, rumah kedai dan kuil di Jalan Mengkibol, di sini, yang terlibat dalam Projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) di sini akan diselesaikan secara berhemah.

Ke arah itu, ADUN Mengkibol Chew Chong Sin berkata beberapa lawatan serta mesyuarat telah dilakukan bersama kontraktor, Pejabat Daerah Kluang, Pejabat Tanah Kluang, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Kementerian Pengangkutan.

Beliau berkata hasilnya, beberapa keputusan dan sepakat telah dicapai bagi memastikan projek itu berjalan lancar serta siap mengikut jadual.

Antaranya, dua buah rumah kosong di bawah jambatan Jalan Besar dan sebuah pusat perlindungan anjing terbiar yang ditubuhkan oleh sukarelawan akan dikosongkan bagi meletakkan jentera-jentera berat oleh kontraktor.

“Pihak RAC juga bersetuju masukkan dua buah rumah tersebut ke dalam senarai permohonan Skim Ex-Gratia Kementerian Pengangkutan manakala pusat perlindungan anjing terbiar akan dipindahkan ke tempat kosong yang ditaja oleh seorang individu di Chamek,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Projek PLBEGJB itu, yang dijangka siap pada bulan November 2021, bakal memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penggunanya selain memberi manfaat positif terhadap pembangunan ekonomi di daerah Kluang.

Chew berkata bagi sebuah bengkel kereta yang berhadapan dengan Taman Delima pula, Majlis Perbandaran Kluang (MPK) akan menyewa sebuah rumah kedai yang baru siap dibina kepada pemiliknya supaya mereka dapat berpindah.

Selain itu, katanya, enam rumah penduduk di Kampung India Jalan Mengkibol turut akan dipindahkan di lot tanah di CEP Chamek yang diberikan oleh Pejabat Tanah Kluang sebagai tapak pindahan manakala dua lagi pemilik rumah di kawasan yang sama disarankan untuk mengecilkan tapak ternakan ayam dan kerja memindahkan kolam najis dari belakang ke tepi rumah akan dibantu kontraktor.

“Sementara itu, dua daripada tiga kuil yang terdapat di sebelah landasan akan digabungkan dan Pejabat Tanah Kluang juga telah memberikan tapak ganti di CEP Chamek dan kuil ini akan dipindahkan selepas acara sembahyang pemindahan dilakukan,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel