Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Roadshow MARI tingkatkan kefahaman mengenai fungsi agensi bawah JK Pembangunan Wanita


Tarikh kemaskini: 21/04/2019





KOTA TINGGI, 21 April (Bernama) -- Roadshow MARI (Mesra, Aktiviti, Riadah dan Informatif) yang dianjurkan julung kalinya di negeri ini bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat tentang fungsi pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita Negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri Liow Cai Tung berkata roadshow berkenaan merupakan cetusan ideanya setelah mengadakan sesi sumbang saran bersama ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah pentadbirannya baru-baru ini.

"Ini membabitkan lima jabatan dan agensi iaitu Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), yang kita satukan dalam satu program.

"Objektif roadshow ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran individu serta masyarakat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan terutamanya bagi membantu mereka yang terdedah dengan ancaman serta  menjadi mangsa keganasan meliputi isu kanak-kanak, penderaan wanita, keganasan rumah tangga, gangguan seksual dan keldai dadah, " kata beliau ketika merasmikan Program Roadshow Mari 2019 Daerah Kota Tinggi di Dewan MDKT Taman Kota Jaya, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Johor Mohamad Ali Taib; Timbalan Pengarah JKM Johor Rosnah Sardi; Timbalan Pengarah LPPKN negeri Zakiah Md Nor; dan Ketua Eksekutif YPKDT Helmi Sahri.

Roadshow MARI yang berkonsep interaktif, santai dan mesra kali ini melibatkan kira-kira 30 orang kakitangan dari semua jabatan dan agensi di mana mereka  bersiap sedia menawarkan khidmat dan infomasi di booth masing-masing.            

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel