Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

18 PATI ditahan dekat Iskandar Puteri


Tarikh kemaskini: 21/04/2019





JOHOR BAHRU, 21 April (Bernama) -- Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam satu operasi di Sungai Pulai, dekat Iskandar Puteri, dua hari lepas.

Turut ditahan adalah empat lelaki warga Indonesia, dipercayai berperanan sebagai tekong darat.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata hasil maklumat dan intipan ke atas empat buah bot yang masing-masing dikemudi oleh empat tekong berusia  antara 23 hingga 39 tahun itu,  ditahan pada jam 10.30 malam kerana dipercayai keluar dari negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan.

Khiu berkata sebuah sindiket penyeludupan dipercayai mengendalikan aktiviti keluar PATI ini dan beroperasi sejak awal April ini.

“Kita berjaya menahan keempat-empat bot tersebut yang menyembunyikan 12 PATI lelaki dan enam wanita berusia 16 hingga 47 tahun dalam bot berkenaan,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khiu berkata kesemua PATI berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang bagi menyambut  Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri di Indonesia.

Menurutnya, turut dirampas adalah empat buah bot jenis fiberglass yang digunakan untuk membawa warga asing itu.

“Empat orang tekong yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 mananakala kesemua PATI akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

“Tindakan lanjut akan tetap digerakkan bagi memburu dan memberkas saki baki sindiket terlibat berdasarkan maklumat yang dikumpulkan,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel