Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAINJ tetap kadar zakat fitrah RM7 dan RM10 tahun ini 


Tarikh kemaskini: 21/04/2019





JOHOR BAHRU, 21 April (Bernama) -- Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)  menetapkan dua kadar harga zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM7 dan RM10.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor Aminolhuda Hassan berkata ketetapan harga itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dengan pengesahan MAINJ.

Katanya, penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini iaitu pada kadar timbangan satu gantang bersamaan dengan 2.6 kilogram.

“Umat Islam di negeri ini yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7.

“Manakala RM10 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis super tempatan (beras import) seperti beras wangi, beras basmathi dan lain-lain,” katanya dalam sidang media di Pusat Islam Iskandar, di sini, hari ini.

Turut hadir, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Mohd Noh Ibrahim; dan Pengarah Jabatan Agama Islam negeri, Datuk Md Rofiki Shamsudin, 

Menurutnya, pada tahun ini seramai 1,659 amil telah dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut zakat fitrah di seluruh negeri.

Beliau berkata, unjuran pungutan zakat fitrah bagi tahun ini adalah sebanyak RM16 juta dengan anggaran seramai dua juta umat Islam di negeri ini.

“(Tambahan) jumlah pembayar setiap tahun adalah hasil daripada kelahiran baru dan juga mereka yang berhijrah ke negeri ini untuk bekerja dan sebagainya,” katanya.

Tambah Aminolhuda, pada tahun ini dijangka terdapat 60,000 penerima bantuan Hari Raya bagi golongan fakir dan miskin.

“Bayaran kepada mereka akan disampaikan melalui amil dan seterusnya akan diserah kepada fakir miskin pada pertengahan Ramadhan bagi membolehkan mereka menggunakannya untuk persiapan raya.

“Bagi wang fidyah, terdapat juga seramai 15,381  penerima bantuan sara hidup bulanan iaitu sebanyak RM150 seorang dengan agihan sebanyak RM2,307,150 akan diberi sebelum bulan Ramadhan,” katanya. 

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel