Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak 3 tahun maut dalam kemalangan di Kluang


Tarikh kemaskini: 20/04/2019





KLUANG, 20 April (Bernama) -- Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun antara dua yang terkorban dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di KM9, Jalan Kluang - Tech Wah Hong, dekat Kluang kira-kira pukul 1.30 petang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata,  kemalangan tersebut  turut mengorbankan bapa kanak-kanak itu, Muhamad Firdaus Bahari, 28, yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala manakala, Dhia Auni Batrisyia, 3,  maut ketika  mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang.

"Tiga penumpang lain termasuk kembar mangsa, Dhia Ainul Mardiah Muhamad Firdaus, 3, Mohd Fahmi Ramli, 26; Norfazlina Mohd Shariff, 40 hanya mengalami kecederaan ringan.

“Namun penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV), Nissan Grand Livina iaitu Muhamad Rohaizam Ramli, 37, bersama empat anaknya iaitu Asyraf Danila, 2; Muhamad Adam Danial, 9; Muhamad Aish Danial, 7 dan Arissa Humaira, 5, hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Abduh berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa yang datang dari arah Simpang Renggam ke Kluang dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lagi kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel