Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nelayan maut disambar petir di Port Dickson


Tarikh kemaskini: 20/04/2019




PORT DICKSON, 20 April (Bernama) -- Seorang nelayan maut disambar petir dalam kejadian di Jeti Janakuasa Jimah, Bukit Pelanduk di sini, tengah tadi.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, mangsa R. Kannan, 39, maut dilokasi, selepas terkena panahan petir di bahagian dada ketika berada di atas bot miliknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Mohd Faisal Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada orang awam yang melihat kejadian tersebut.

"Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kampung Sawah, dan disahkan mati oleh pegawai perubatan. Siasatan di tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan melecur di bahagian dada.

“Rakan mangsa juga mengesahkan melihat mangsa di panah petir," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat, dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel