Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kru kapal lemas terjatuh semasa ke Pulau Tioman


Tarikh kemaskini: 17/04/2019





JOHOR BAHRU, 17 April (Bernama) -- Seorang kru kapal feri ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh ketika dalam pelayaran menghantar penumpang ke Pulau Tioman, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Luqman Mat Nor, 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Cyril Edward Nuing berkata mayat mangsa ditemui di Kuala Sungai Mersing pada pukul 1.35 tengah hari ini.

“Ibu Pejabat Daerah Polis Mersing menerima maklumat mengenai kehilangannya pada pukul 9 malam tadi setelah disedari oleh kapten ia tiada dalam feri yang dalam pelayaran dari Jeti Shahbandar Mersing ke Tioman, kira-kira 5 petang.

“Susulan laporan, satu gerakan mencari dan menyelamatkan mangsa telah dilancarkan dan berjaya menemuinya tengah hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daerah Mersing untuk dibedah siasat. 

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Samsi Samhuri dalam kenyataan berasingan berkata operasi pencarian mangsa hari ini dibahagikan kepada dua sektor iaitu melibatkan kawasan pencarian dari Jeti Mersing ke Teluk Seri Pantai serta dari Jeti Mersing ke Pantai Seri Apu sehingga persisiran pantai Teluk Arang.

“Pasukan Maritim dan Polis Marin juga telah membuat pencarian surface di pantai selain turut dibantu oleh orang awam,” katanya.

-- BERNAMA   

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel