Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tan sahkan tidak tersenarai dalam barisan exco baharu Johor


Tarikh kemaskini: 17/04/2019





JOHOR BAHRU, 17 April (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi Johor Tan Hong Pin hari mengesahkan bahawa namanya akan digugurkan dari barisan baharu anggota exco kerajaan negeri.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata beliau tahu mengenai rombakan exco itu pada hari Isnin, sehari selepas ADUN Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-17 di Istana Bukit Serene.

“Saya telah dimaklumkan bahawa saya akan diganti,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsapp di sini hari ini.

Semasa ditanya langkah beliau selanjutknya, setiausaha DAP Johor itu berkata beliau akan serahkan perkara itu kepada kepimpinan parti.

“Saya dipilih oleh pengundi kerana mereka mahukan seorang ADUN, bukan seorang exco, jadi saya akan terus berkhidmat kepada rakyat sebagai ADUN,” tambahnya.

Tan merupakan salah satu daripada dua nama yang dilaporkan oleh sebuah portal berita atas talian yang akan digugurkan daripada senarai exco, semalam.

Satu lagi nama adalah Mazlan Bujang, pengerusi jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Johor, dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Terdahulu hari ini Dr Sahruddin berkata barisan baru anggota exco kerajaan negeri akan diumumkan menjelang akhir minggu ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel