Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pasangan suami isteri ditahan, tergamak bawa bayi untuk lepas gian


Tarikh kemaskini: 17/04/2019





PARIT BUNTAR, 17 April (Bernama) -- Sepasang suami isteri sanggup membawa bayi perempuan mereka yang berusia 18 bulan ke sebuah rumah di Selinsing, Bagan Serai dekat sini untuk melepaskan gian.

Wanita berumur 33 tahun dan suaminya, 48, tahun itu ditahan dalam Operasi Perdana Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian di sebuah rumah di Parit Haji Dolah di sini, yang dipercayai dijadikan 'port' untuk mengambil dadah pagi tadi. 

Ketua Operasi Shahrul Nizam Baharuddin berkata pasangan itu merupakan antara 14 yang ditahan dalam operasi dari pukul 6.00 pagi hingga 2.00 petang hasil risikan sejak seminggu lalu.

"Semasa serbuan dua suspek itu yang melarikan diri dalam sawah, namun berjaya ditahan anggota AADK selepas pergelutan," katanya dalam sidang media di pejabat AADK di sini hari ini.

Katanya kesemua 14 yang ditahan itu terdiri daripada 11 lelaki serta tiga wanita masing-masing berumur 33 hingga 57 tahun dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998).

"Kesemua mereka akan direman 14 hari di Pusat Tahanan Reman AADK di Batu Kurau," katanya. 

Sementara itu, Shahrul Nizam berkata sejak Jan hingga April tahun ini seramai 80 orang penagih telah ditahan di daerah Kerian.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel