Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada kemasukan pelarian Rohingya ke Kedah - Polis


Tarikh kemaskini: 17/04/2019





ALOR SETAR, 17 April (Bernama) -- Tiada kemasukan kumpulan pelarian etnik Rohingya di kesan di kawasan sempadan Kedah, kata Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob.

Beliau berkata, kawalan keselamatan di sempadan negeri sentiasa dijalankan dengan kerjasama dan bantuan daripada agensi-agensi lain termasuk Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) dan Jabatan Imigresen.

“Kita akan kumpul maklumat secara berterusan dan buat masa ini kawasan sempadan semua selamat dan dalam keadaan terkawal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Lawatan dan Derma Darah di Hospital Sultanah Bahiyah sempena sambutan Hari Polis ke-22, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada berlaku kemasukan etnik Rohingya di sempadan negeri ini susulan kejadian seramai 47 pelarian itu yang ditahan pihak berkuasa selepas mendarat di perairan Kuala Perlis, 8 April lepas.

Zainuddin yang baharu dilantik sebagai ketua polis negeri ini berkuatkuasa 11 Mac lepas berkata isu keselamatan sempadan antara yang menjadi keutamaannya selain masalah jenayah lain di Kedah.

“Selepas dilantik menjadi Ketua Polis Kedah, fokus saya adalah untuk menyelesaikan kes traumatik yang melibatkan ragut dan rogol, perjudian haram, pengedaran dadah, geng, samseng jalanan, dan kes penipuan scam.

Bagi memastikan semua agenda ini tercapai, ia akan dilaksanakan melalui aktiviti pencegahan jenayah, pengumpulan maklumat berterusan, penggunaan sosial media dan menggunakan undang-undang sedia ada,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel