Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedah sedia bantu Mada atasi karenah birokrasi - Mukhriz


Tarikh kemaskini: 17/04/2019





ALOR SETAR, 17 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Kedah akan memberikan perhatian terhadap sebarang permasalahan ataupun cabaran dihadapi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk diselesaikan sebaik mungkin, tanpa karenah birokrasi yang panjang.

Komitmen itu disuarakan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga pengerusi Mada yang baharu dilantik.

“Pelantikan saya sebagai pengerusi Mada yang baharu akan memberikan satu kelebihan kepada Mada, apabila tindakan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dapat dilaksanakan segera, dengan satu arahan sahaja.

“Seluruh jentera kerajaan Kedah akan beri perhatian dan kerjasama sepenuhnnya (kepada Mada)...jadi apa pun masalah ataupun cabaran yang dihadapi Mada yang memerlukan perhatian dan tindakan oleh mana-mana jabatan ataupun agensi kerajaan negeri, maka akan dapat diselesaikan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan warga Mada di Ibu Pejabat Mada di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama Kedah Azman Nasrudin.

Mukhriz berkata, antara isu berkaitan lembaga itu adalah memendekkan tempoh proses pengambilalihan tanah bagi tujuan pemasangan paip saliran air ke kawasan tanah bendang.

“Sekarang ini, proses telah dipendekkan ke satu tahun, (sebelum ini proses pengambilan tanah oleh Mada mengambil masa sehingga dua tahun), itu pun kami masih tidak puas hati dan akan mencari kaedah bagaimana untuk segerakan lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz turut menggalakkan para petani di bawah Mada menceburi bidang keusahawanan sebagai jalan keluar daripada garis kemiskinan.

Katanya, sehingga kini Mada berjaya telah melahirkan seramai 2,500 usahawan dengan tiga daripada mereka telah mencapai jualan puluhan juta ringgit.

Perlantikan Mukhriz sebagai pengerusi Mada yang berkuatkuasa 1 Mac lepas diumumkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub pada 31 Mac lalu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel