Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lima pengedar dadah, rampas dadah bernilai RM25,000


Tarikh kemaskini: 17/04/2019





BAGAN SERAI, 17 April (Bernama) -- Dua beradik termasuk seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dari Penjara Taiping tahun lepas antara lima pengedar dadah yang ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Kuala Kurau dan Selinsing, dekat sini, pada Khamis dan Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam tiga serbuan itu, polis telah merampas dadah jenis heroin dan methamphetamine dengan anggaran seberat 372 gram yang bernilai RM 25,000 selain merampas dua motosikal.

“Kita percaya, dengan tangkapan lima suspek lelaki yang berumur linkungan 30 hingga 40 tahun dan rampasan dadah berkenaan, polis berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah heroin di sekitar kawasan Selinsing, Semanggol,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini hari ini.

Katanya, dalam serbuan pertama, sepasukan enam anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kerian yang diketuai Inspektor Mohd Najib Mohd Hanafi telah menahan dua beradik lelaki sedang menghisap dadah, pada pukul 9 malam, Khamis lepas.

"Pemeriksaan polis telah menemui 10 peket plastik lutsinar dan satu tiub dadah heroin seberat 16.7 gram di atas tikar getah dalam sebuah bilik di rumah berkenaan," katanya.

Omar Bakhtiar berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek berumur lingkungan 40-an itu merupakan penagih tegar dan mempunyai beberapa rekod berkaitan jenayah dadah.

Menurut beliau, hasil soal siasat terhadap dua beradik berkenaan, polis bertindak menyerbu sebuah rumah di hadapan rumah mereka dan menahan dua lelaki yang sedang leka menghisap dadah di dalam sebuah bilik, rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di atas lantai mozek, polis menemukan tiga peket plastik lut sinar dan tujuh tiub straw berisi dadah seberat 151.16 gram, satu alat timbang digital, dua pemetik api jenama Alladdin.

“Satu peket plastik lut sinar, satu peket plastik lut sinar berisi tiub-tiub kosong, satu gunting, satu kertas timah dan gulungan kertas disyaki alat uhtuk mengisap dadah,” katanya sambil menambah anggaran nilai dadah yang dirampas ialah RM10,000 selain sebuah motosikal dirampas.

Beliau berkata dalam serbuan ketiga pada Isnin lalu, pasukan yang sama telah menahan seorang lelaki berumur sekitar 40 tahun yang sedang menghisap dadah, pada pukul 1.30 pagi, di Sungai Baru Selinsing, Semanggol.

Katanya, hasil pemeriksaan polis menjumpai enam peket plastik lut sinar berisi dadah heroin seberat 201.04 gram dan dua peket plastik lut sinat berisi dadah methamphetamine seberat 4.07 gram di dalam kotak kasut, satu alat timbang digital dan peralatan menghisap dadah yang bernilai RM15,000 selain sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dirampas.

Beliau berkata kesemua lelaki itu disambung reman lima hari bermula hari ini hingga 21 April ini dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel