Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan sedia bantuan kepada penoreh getah dan nelayan


Tarikh kemaskini: 17/04/2019





IPOH, 17 April (Bernama) -- Kerajaan negeri menyediakan beberapa program dan bantuan bagi membantu menangani kesukaran penoreh getah dan nelayan ekoran penurunan harga komoditi ketika ini.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata kerajaan negeri telah menyediakan insentif produktiviti getah sebanyak RM317 sehektar bagi membantu pekebun kecil menyediakan peralatan penorehan.

“Selain itu, juga disediakan bantuan peningkatan produktiviti getah iaitu RM500 sehektar yang merangkumi bantuan baja," katanya menjawab soalan lisan Datuk Zainun Mat Noor (BN-Chenderoh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga memberi bantuan RM600 kepada pekebun kecil yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh pada musim tengkujuh dan bayaran dibuat sebanyak dua kali.

"Bantuan aktiviti tambahan iaitu sebanyak RM10,000 bagi pekebun kecil yang berminat menceburi bidang usahawan dalam empat bidang utama iaitu perkhidmatan makanan, pembuatan dan pertanian," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Yunus berkata kerajaan negeri menggalakkan nelayan menceburi bidang akuakultur sebagai alternatif lain bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka di bawah program Touch Point Akuakultur.

Katanya, antara aktiviti ternakan ikan dan udang adalah seperti ternakan dalam sangkar, ternakan dalam kolam serta dalam tangki manakala bantuan yang diberikan berbentuk peralatan ternakan, makanan ternakan serta pembekalan benih ternakan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari berkata sebanyak 444 permohonan baharu untuk Murid Bukan Warganegara (MBWN) masuk ke sekolah kerajaan bagi sesi persekolahan 2019 sehingga  20 Mac direkodkan.

“Kelulusan bagi setiap permohonan perlu mematuhi syarat Akta 550 dan ada dokumen sokongan yang lengkap. Akta Pendidikan 1996 masih diguna pakai dan tidak ada sebarang penggubalan, justeru pemohon perlu mematuhi syarat sedia ada yang telah ditetapkan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Ng Shy Chinga (PKR-Teja).

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel