Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Operasi cari Acap dihentikan sementara - Polis


Tarikh kemaskini: 17/04/2019





IPOH, 17 April (Bernama) -- Operasi mencari seorang peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan yang hilang sejak bulan lepas ditangguhkan sementara berkuat kuasa hari ini, kata Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain.

Katanya penangguhan operasi selepas 24 hari pencarian dibuat atas beberapa faktor termasuk tiada petunjuk baharu diperoleh Pasukan Penyelamatan dan Pasukan Siasatan bagi membolehkan mangsa dikesan sama ada dalam bentuk operasi atau siasatan di luar konteks operasi.

Katanya mangsa juga masih tidak ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat telah menggunakan pelbagai kaedah terkini dan pasukan yang berpengalaman selain kawasan pencarian diperluas dari 35 kilometer (km) persegi kepada 48km persegi.

"Penangguhan juga dibuat bagi membolehkan pasukan penyelamat merangka strategi lain yang mungkin boleh membantu mengesan mangsa berdasarkan kepada pengalaman kes seumpama ini yang pernah berlaku pada masa lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Razarudin berkata penangguhan juga bertujuan membolehkan keluarga mangsa bertenang dan memikirkan alternatif lain pencarian selain mengelak mereka menjadi sasaran berita atau kenyataan tidak benar oleh masyarakat.

Menjelas lanjut, Razarudin berkata penangguhan sementara juga bertujuan mengehadkan pergerakan pencarian oleh orang ramai di kawasan terlibat sehingga boleh mengganggu sensitiviti masyarakat selain memberi peluang kepada penduduk melaksanakan tindakan mengesan mangsa dalam konteks setempat. 

Mohammad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap hilang semasa menyertai larian GUT 2019 kategori 25km pada 23 Mac lepas.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel