Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM tahan bot pukat tunda di Kuala Kedah


Tarikh kemaskini: 16/04/2019





ALOR SETAR, 16 April (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan kelas C jenis ‘bot pukat tunda’ kerana melanggar syarat lesen dekat Kuala Kedah, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata pihaknya mengesan bot berkenaan yang dilihat dalam keadaan mencurigakan pada 10.50 malam sebelum menahannya 10 minit kemudian.

“Bot nelayan itu ditahan pada jarak 10 batu nautika barat Kuala Kedah dan hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut telah melakukan kesalahan melanggar syarat lesen kerana beroperasi di luar waktu yang dibenarkan iaitu dari 6 pagi hingga 6 petang.

“Mereka turut beroperasi pada waktu malam dengan tidak menghidupkan lampu bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mahmad Faizal berkata pihaknya turut menahan seorang tekong warga tempatan dan tiga lelaki warga tempatan serta dua lelaki warga Thailand berumur antara 37 hingga 63 tahun yang bekerja di atas bot terbabit.

“Kami merampas bot yang dianggarkan bernilai hampir RM1 juta bersama 500 kilogram hasil tangkapan daripada bot terbabit sebelum membawanya ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel