Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Waris pasangan nelayan mati lemas terima perlindungan insurans


Tarikh kemaskini: 16/04/2019





KUALA PERLIS, 16 April (Bernama) -- Waris pasangan nelayan yang mati lemas di perairan Kuala Perlis awal tahun ini menerima manfaat perlindungan Skim Insurans Nelayan Berkelompok berjumlah RM314,000 hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil kepada anak kedua pasangan itu, Mohamad Noor Affandy, 25, di kediamannya di Kampung Bukit Tok Po Kuala Perlis, di sini.

Pada 5 Jan lepas, pasangan nelayan Allahyarham Mohamad Zaini Panjang Karim dan isterinya Allahyarhamah Azizah Yatim ditemukan lemas di laut.

Muhammad Faiz Fadzil berkata, jumlah pampasan merangkumi RM155,000 bagi setiap seorang mangsa dan RM2,000 perbelanjaan pengebumian setiap seorang kerana pasangan tersebut merupakan nelayan yang sah berdaftar di bawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Perlis sebagai pemilik dan awak-awak.

“Skim Perlindungan Insurans Nelayan LKIM adalah satu skim perlindungan takaful kemalangan diri melibatkan pelbagai manfaat dan memberi perlindungan yang patuh syariah.

“Dari Jun hingga Disember 2018, seramai 366,766 nelayan di seluruh negara telah diinsuranskan membabitkan 58 nelayan yang telah menerima manfaat daripada skim itu,” katanya di sini, hari ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel