Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Helikopter terbang rendah didakwa punca kuil rosak


Tarikh kemaskini: 14/04/2019





KUANTAN, 14 April (Bernama) -- Kesilapan juruterbang helikopter milik syarikat persendirian didakwa punca  kerosakan Kuil Sri Mariamman yang terletak bersebelahan Padang Kemunting di sini mengakibatkan   kerugian hampir RM50,000. 

Presiden pengurusan kuil itu T.Separamaniam mendakwa pada kejadian 6 petang semalam, helikopter itu terbang terlalu rendah dan mengikut laluan yang berbeza menyebabkan atap kuil rosak. 

Beliau berkata ia merupakan kejadian pertama seumpamanya walaupun padang itu sering menjadi lokasi pendaratan helikopter, namun laluan yang digunakan adalah dari arah hutan, bukannya dari arah kuil. 

"Kejadian semalam berlaku semasa kami sedang membuat persiapan majlis jamuan sambutan Tahun Baharu masyarakat Hindu menyebabkan juadah yang sediakan rosak.  

"Atap di dewan makan, dewan perkahwinan dan beberapa kawasan lain juga terjatuh. Nasib baik semasa kejadian tetamu belum tiba ke kuil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Separamaniam menambah kejadian juga menyebabkan cermin belakang sebuah kereta di hadapan kuil pecah akibat terkena serpihan atap. 

Katanya, wakil syarikat helikopter itu ada menghubungi pengurusan kuil untuk menawarkan pampasan sebanyak RM1,000 yang disifatkannya sebagai tidak munasabah untuk membaiki kerosakan tyang berlaku. 

"Kami tidak meminta pampasan yang tinggi sebaliknya mahu mereka membaiki semula kerosakan yang berlaku dan kita harap mereka lebih bertimbang rasa dalam hal ini," katanya. 

Separamaniam menambah pihaknya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam berhubung insiden itu. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel