Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Yayasan JDT sasar kad prabayar JDT Visa capai 200,000 keanggotaan


Tarikh kemaskini: 13/04/2019





JOHOR BAHRU, 13 April (Bernama) -- Yayasan Johor Darul Ta’zim (JDT) menyasarkan Kad Prabayar JDT yang dijenamakan semula hari ini, akan mencapai keanggotaan seramai 200,000 orang.

Pengerusi yayasan itu, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata setakat ini, keanggotaan sedia ada adalah 1,300 orang dengan yuran langganan tahunan kad ialah minimum RM100 setahun. 

“Dengan sasaran tersebut, kami berharap dapat mengutip dana sebanyak RM20 juta, 80 peratus daripada dana (sasaran kutipan dana) itu kemudian akan disumbang balik kepada pasukan JDT, manakala 20 peratus lagi untuk fans (peminat) dalam bentuk aktiviti dan kebajikan.

“Ini adalah hasrat kita kerana buat masa ini, kita ada kira-kira RM150,000 (kutipan dana) menerusi 1,300 keanggotaan,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran penjenamaan semula Kad Prabayar JDT kepada Kad Prabayar JDT Visa, di sini, hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Presiden Kelab Bolasepak JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim. Turut hadir suami Tunku Tun Aminah, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Mohd Noorazam berkata pihaknya berharap orang ramai khususnya penyokong Kelab Bolasepak JDT akan memberi sokongan untuk mencapai sasaran tersebut.

Beliau berkata, Kad Prabayar JDT Visa merupakan instrumen pembayaran tanpa tunai iaitu e-wallet tambah nilai yang membolehkan pemegangnya memperoleh keistimewaan seperti mendapatkan barangan dan perkhidmatan daripada kira-kira 40 juta peniaga Visa di Malaysia dan luar negara.

“Had tambah nilai akaun kad maksimum RM10,000 pada satu masa dan mempunyai pelbagai kelebihan.

“Antaranya anggota mempunyai laluan tiket khas (untuk perlawanan JDT) dan kita juga memperuntukkan 1,000 seat (tempat duduk) untuk mereka, selain boleh membeli merchandise (barangan cenderamata) Southern Tigers dengan potongan diskaun 10 peratus,” katanya.

Beliau menambah, orang ramai boleh membuat maklumat pendaftaran menerusi laman web www.yayasanjdt.my.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel