Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UMT adakan program tarik minat pelajar minat STEM


Tarikh kemaskini: 11/04/2019





KUALA NERUS, 11 April (Bernama) -- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memulakan langkah proaktif dalam memupuk minat pelajar menyukai bidang sains dan matematik, dengan mengadakan program Discover UMT 2019.

Pengarah Pusat Asasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Profesor Madya Dr Laili Che Rose berkata program tersebut memberi peluang pelajar sekolah berprestasi tinggi dan sekolah harian lebih memahami kepentingan pengajian bidang STEM dalam aplikasi seharian.

"Kita mengadakan pameran berkaitan program pengajian sains yang ditawarkan di UMT bagi memastikan pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah berprestasi tinggi (SBT) dapat mengenal pasti program-program pengajian di UMT terutamanya proram Asasi STEM yang berpotensi untuk pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan SBT.

"Program ini turut memperkenalkan barisan penyelidik serta mewujudkan platform perkongsian ilmu dan pengalaman kepada warga sekolah di sekitar Terengganu selain bertindak sebagai badan penasihat serta rujukan kepada komuniti sekolah berimpak tinggi," katanya kepada Bernama hari ini. 

Discover UMT 2019 melibatkan lebih 1,500 pelajar daripada 20 buah sekolah angkat STEM, SBP, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Imtiaz, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah yang menawarkan program Tingkatan 6 aliran sains.

Beliau berkata Discover UMT diadakan bagi memupuk minat yang berterusan di kalangan pelajar aliran sains tulen dan seterusnya memilih bidang STEM untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat persekolahan.

Pelajar yang hadir berpeluang mendengar taklimat dan melihat sendiri pelbagai pameran robotik, pameran program pembelajaran melalui 'Massive Open Online Course' (MOOC) dan pameran berasaskan sains dan teknologi lain yang boleh membantu mereka dalam memilih aliran kursus ke peringkat pengajian tinggi nanti.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel