Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KADA tubuh bilik gerakan khas tangani masalah kemarau


Tarikh kemaskini: 11/04/2019





KOTA BHARU, 11 April (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) hari ini menubuhkan bilik gerakan khas bagi memantau kawasan-kawasan penanaman padi yang terlibat dengan masalah kemarau.

Pengerusinya yang baru dilantik beberapa hari lepas, Datuk Husam Musa berkata bilik gerakan itu akan berfungsi sebagai satu unit yang akan menyediakan langkah segera mengatasi masalah berkaitan tanaman padi KADA.

"Semalam KADA dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia Kelantan telah melaksanakan program pembenihan awan. Hari ini kita tubuhkan bilik gerakan khas ini yang berkuatkuasa serta merta kerana kita hanya mempunyai kira-kira dua bulan sebelum padi dituai," katanya selepas Majlis Serah Tugas Mantan Pengerusi KADA Datuk Md Alwi Che Ahmad kepada beliau di sini, hari ini.

Husam berkata masalah penanaman padi yang dihadapi di kawasan KADA adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian segera demi kebajikan pesawah.

"Saya telah dapatkan semua maklumat daripada mantan pengerusi khususnya dalam mengenalpasti kekuatan sedia ada yang boleh diperkukuhkan dalam pemerkasaan peranan KADA sebagai agensi yang boleh meninggikan kedudukan ekonomi dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Katanya KADA bukan hanya terlibat dalam pengairan dan pertanian padi tetapi falsafah asal penubuhan KADA adalah menjadi peneraju pembangunan ekonomi, sosial dan pertanian secara keseluruhan.

Dalam pada itu Md Alwi berkata pemilihan Husam sebagai pengerusi baharu KADA amat tepat dan sesuai berikutan Husam adalah pemimpin senior di Kelantan.

Beliau berharap Husam dapat mengembalikan KADA sebagai institusi penting dan berwibawa dalam aspek pertanian seperti yang termaktub dalam akta agensi itu demi untuk kepentingan rakyat. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel