Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jangan terikut-ikut spekulasi tukar MB Johor - Syed Saddiq


Tarikh kemaskini: 08/04/2019





MUAR, 8 April (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta agar semua pihak tidak terikut-ikut dengan spekulasi berkaitan isu pertukaran Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian. 

Syed Saddiq yang juga Anggota Parlimen Muar berkata semua pihak perlu terlebih dahulu menunggu pengesahan sebelum membuat sebarang spekulasi. 

"Jangan ikut spekulasi. Apa-apa yang akan berlaku, kita tunggu dahulu. Saya rasa ini bukan tempat untuk saya komen mengenai perkara ini.

"Saya rasa lebih baik bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mendapatkan maklumat," katanya kepada pemberita setelah melepaskan peserta kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 peringkat Ketiga di Stadium Sultan Ibrahim di sini, hari ini. 

Semalam, media melaporkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Johor, Abdul Hakim Abdul Rahman mengesahkan Osman akan ke Kuala Lumpur hari ini, namun menolak khabar angin bahawa kedudukannya itu akan digantikan.

Abdul Hakim dilaporkan berkata, Osman dijadual menghadiri mesyuarat bersempena pemukiman pemimpin-pemimpin Singapura dan Malaysia yang ke-9, pada Selasa. 

Dilaporkan kiriman WhatsApp yang tular menyatakan pada masa yang sama, Osman akan bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kedudukannya sebagai Menteri Besar Johor akan ditukarkan.

Ketika ditanya adakah benar dakwaan bahawa Osman bertemu Tun Dr Mahathir, Syed Saddiq berkata, "Saya pun pergi jumpa Tun M pagi tadi tapi... Tunggu dululah bagi saya itu biasa sebab saya menteri persekutuan."

Sementara itu, Syed Saddiq berkata pihaknya masih lagi menunggu perkembangan terkini daripada Kementerian Luar mengenai urusan jenazah pemain golf profesional negara, Arie Irawan Ahmad yang dilaporkan meninggal dunia atas sebab semula jadi di dalam bilik hotel penginapannya, di Hongkong semalam. 

"Saya dimaklumkan bahawa kelurganya sudah ke sana semalam pada pukul 6 petang dan pihak Majlis Sukan Negara bersama dengan saya telah menghubungi Kementerian Luar, kita harap semua urusan akan berjalan dengan lancar," katanya.

Arie Irawan, 28, berada di sana untuk menyertai Kejohanan Sanya, acara kedua dalam Siri jelajah PGA-China 2019.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel