Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada kelulusan dari Ketua Menteri Sabah/Sarawak mengenai pindaan Perkara 1(2)


Tarikh kemaskini: 06/04/2019





BINTANGOR, 6 April (Bernama) -- Tiada kelulusan diberikan oleh Ketua Menteri Sabah dan Sarawak berhubung pindaan perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan dalam bentuknya sekarang, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata Jawatankuasa Kabinet mengenai perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam mesyuaratnya tidak pernah membincangkan susunan kata sebenar pindaan tersebut.

"Biar saya menyatakan, walaupun kami meluluskan hasrat untuk meminda Perkara 1 (2) pada prinsipnya, tiada kelulusan diberikan berhubung pindaan dalam bentuknya sekarang. Ini kerana jawatankuasa itu tidak pernah membincangkan kandungan dan susunan kata sebenar pindaan tersebut, " kata beliau.

Abang Johari berkata beliau telah menekankan pada mesyuarat jawatankuasa pemandu yang pertama bahawa perbincangan dan keputusan mestilah mengikut bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan dan MA63.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan upacara Pecah Tanah  Projek Jalan Pesisir Pasi (Sarikei)-Tanjung Manis (Mukah) dan Jambatan Batang Rajang di Persimpangan Kilometer 3 Jalan Pasi/Selidap B di sini hari ini.

Rang undang-undang untuk meminda Perkara 1 (2) untuk mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah MA63 yang dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lepas mendapat bantahan daripada anggota-anggota Parlimen pembangkang, termasuk dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah di negeri ini.

Anggota-anggota Parlimen berkenaan mahu rang undang-undang pindaan itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk kajian menyeluruh.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel