Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak tanpa warganegara di Sabah perlu ditangani bersama


Tarikh kemaskini: 06/04/2019





BEAUFORT, 6 April (Bernama) -- Isu kanak-kanak tanpa warganegara di Sabah yang sekian lama dihadapi perlu ditangani secara bersama oleh kerajaan negeri dan Persekutuan.

Mengulas perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan kini mempunyai platform untuk menanganinya tetapi perlu diaktifkan iaitu melalui Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah.

"Di peringkat jawatankuasa induk dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Syafie Apdal) bersama Menteri Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

"Di sinilah tempatnya kita hendak melihat, kita tidak mahu pertindihan tugas dengan menubuhkan jawatankuasa baharu bagi menyelaras masalah yang wujud," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pusat pemindahan mangsa bencana daerah Beaufort, di sini hari ini.

Beliau berkata masalah itu juga turut dihadapi di Semenanjung namun pada masa sama perlu menjaga hak-hak warganegara dengan baik.

Baru-baru ini sebuah stesen televisyen swasta memaparkan sebuah perkampungan di Sabah berhampiran kawasan pembuangan sampah dihuni oleh komuniti termasuk kanak-kanak yang tidak mempunyai warganegara.

Terdahulu Wan Azizah merasmikan pusat pemindahan mangsa bencana di daerah Beaufort yang bernilai hampir RM5 juta.

Beliau berkata pusat yang dibina pada Disember 2016 itu siap sepenuhnya pada Jun tahun lalu mempunyai pelbagai kemudahan seperti bilik mandi, surau, dapur dan bilik operasi.

"Dengan adanya pusat pemindahan itu akan dapat membantu menempatkan mangsa banjir yang sering melanda daerah ini," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Usaha promosi produk tempatan melalui e-dagang langkah tepat - Saifuddin

 
     

Pesakit kanser tahap empat tangguh rawatan akibat kekangan kewangan

 
     

Sukarelawan sepenuh masa APM bakal terima perlindungan Perkeso

 
     

Aduan kebersihan tandas KLIA berkurang 80 peratus

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel