Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri Melaka peruntuk RM15 juta setahun bagi derma siswa dan pinjaman pendidikan TAPEM


Tarikh kemaskini: 06/04/2019





MELAKA, 6 April (Bernama) – Kerajaan negeri menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) memperuntukan sebanyak RM15 juta setahun bagi derma siswa dan pinjaman pendidikan kepada anak Melaka yang menyambung pengajian ke Menara Gading.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata usaha membantu pelajar menyambung pendidikan akan di tambah baik dari semasa ke semasa antaranya ialah dengan memberi keutaman kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang sains sukan.

“Selain daripada bidang pengajian yang sedia ada, kita juga akan memberi keutamaan kepada pelajar sukan pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan pelajar yang derma siswa pengajian islam kerajaan negeri Melaka ke Universiti Al-Azhar, Mesir di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.

Mengulas mengenai majlis tersebut, Adly berkata seramai 27 orang pelajar telah dipilih untuk menerima derma siswa untuk melanjurkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana menerusi Sekretariat Pengurusan Pelajar Ke Luar Negara (SPLN).

Katanya objektif penubuhan SPLN yang melibatkan TAPEM, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Sektor Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia  bagi melahirkan generasi cemerlang, berilmu, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan agama.

Adly berkata usaha kerajaan negeri memperkenalkan derma siswa bagi pelajar pengajian islam ke luar negara itu adalah bagi menambah baik pendidikan islam di negeri ini.

“Kita akan melakukan pemantauan perkembangan pelajar ini dari semasa ke semasa bagi memastikan bahawa mereka tidak mempunyai masalah bagi menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama empat tahun bagi mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) kerajaan negeri 100 peratus lulus,” katanya.

Sementara itu, Adly berkata kerajaan negeri juga sedang berusaha mencari inisetif terbaik bagi menyelesaikan masalah pelajar yang tidak membayar hutang pijaman pendidikan TAPEM.

“Kita akan mengadakan  penstrukturan semula pembayaran balik pinjaman dengan memikirkan beberapa insentif seperti pemberian rebat bagi peminjam yang membuat pembayaran sekali gus,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel