Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JBALB laksana inisiatif RM40 juta atasi masalah air di Serian


Tarikh kemaskini: 05/04/2019





KUCHING, 5 April (Bernama) -- Kementerian Utiliti Sarawak melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) sedang melaksanakan tiga inisiatif bernilai RM40 juta bagi menambah baik bekalan air di sepanjang Jalan Kuching-Serian.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan hari ini berkata, insiatif tersebut adalah bagi menangani masalah kebocoran paip uzur yang kerap berlaku dan permintaan bekalan air yang semakin meningkat di beberapa kawasan di Serian.

“Inisiatif yang pertama adalah menaik taraf paip bersaiz 250 mm sepanjang 16km dari Tangki Air Aras Tinggi Stabun ke Tangki Stesen Pam Penggalak di Kampung Taee yang telah bermula pada Ogos 2018 dan dijangka siap pada penghujung April 2019.

“Kedua, pembinaan Stesen Pam Penggalak Siburan termasuk saluran paip baharu bersaiz 800mm yang turut dijangka siap pada akhir bulan April 2019,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut adalah sebagai respons balas kepada laporan akhbar tempatan semalam bertajuk “PKR Serian gesa JBALB mengecualikan bill air penduduk”.

Menurut kenyataan itu lagi, inisiatif ketiga adalah membina sebuah stesen pam penggalak baru yang bertujuan menangani masalah tekanan air rendah di Kampung Bunga dan kawasan sekitarnya.

“Ketiga-tiga inisiatif ini akan dapat memastikan penduduk di kawasan Kampung Taee menerima bekalan air mencukupi.

“Sejajar dengan pelaksanaan projek-projek di atas, maka pihak JBALB yakin masalah bekalan air di kawasan Serian akan dapat diatasi,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel