Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Exco kesihatan Johor terima makluman penukaran Pengarah JAS Johor


Tarikh kemaskini: 05/04/2019





JOHOR BAHRU, 5 April (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata bahawa pihaknya hanya menerima makluman tentang pertukaran Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh ke Putrajaya tetapi tidak dimaklumkan sebab-sebab pertukaran dibuat.

Sehubungan itu, beliau tidak berhasrat untuk memberikan komen lebih lanjut kerana ia (pertukaran) merupakan bidang kuasa di bawah kerajaan pusat.

“Itu kuasa (arahan pertukaran) bukan dari kerajaan negeri. Itu kuasa dari persekutuan. Oleh itu saya tidak hendak komen lebih lanjut. 

Pada saya, semua agensi di bawah saya telah pun memberikan kerjasama dan berusaha sebaik mungkin untuk pastikan kes pencemaran sebelum ini ditangani secara baik. Kita tidak ada masalah,” katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita sama ada, beliau mengetahui mengenai pertukaran itu.

Dr Sahruddin berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Ekspedisi Penyelidikan Hulu Sungai Chat di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim di sini, hari ini. 

Bagaimanapun, Mohammad Ezanni yang dihubungi semalam menyatakan bahawa pertukarannya itu disebabkan beliau dipromosikan sebagai Ketua Unit Pengurusan Sisa Toksik dan Pembuangan Berjadual Kebangsaan.  

Pertukaran Mohammad Ezanni ke unit di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) itu dilaporkan berkuatkuasa 1 April lepas. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel