Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Sandakan kesan pemilik akaun Facebook hina Ketua Menteri, Warisan


Tarikh kemaskini: 05/04/2019





SANDAKAN, 5 April (Bernama) -- Polis Sandakan mengesan pemilik akaun laman media sosial Facebook yang dikatakan menghina Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah (Warisan) menerusi laman media itu.

Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin berkata pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang mengadu pemilik akaun ‘Som bin Poton’ telah memuat naik gambar dengan ayat berbaur penghinaan.

Katanya, gambar itu, yang dimuat naik pada 26 Mac lepas, tertulis perkataan mendesak orang ramai supaya tidak menyokong Warisan dan mengibaratkan golongan yang menyokong parti itu dan Mohd Shafie sebagai bodoh.

“Hasil semakan dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendedahkan pemilik akaun terbabit dipercayai dikendalikan oleh penama Tumik Aik, 53, yang beralamat di Rancangan Sungai Manila, Batu 12, Sandakan dan juga Kampung Penangah, Kinabatangan.

"Kita minta penama terbabit tampil dengan segera ke bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan membantu siasatan polis,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu di sini hari ini.

Mohd Azhar berkata kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel