Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Unimas anjur trace untuk pencari pekerjaan


Tarikh kemaskini: 05/04/2019





KOTA SAMARAHAN, 5 April (Bernama) – Pencari pekerjaan boleh mewujudkan jaringan bersama bakal majikan mereka di Pameran Pengambilan Pekerjaan dan Kerjaya (TRACE) anjuran Pusat Pembangunan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini.

UNIMAS dalam satu kenyataan hari ini berkata, pameran kerjaya dua hari bermula 10 April itu akan disertai lebih 100 buah syarikat dari seluruh negara, selain menjadi satu platform kepada pencari pekerjaan membina jaringan bersama mereka.

TRACE mensasarkan lebih daripada 15,000 pengunjung dan pencari pekerjaan akan hadir di pameran ini yang mensasarkan untuk menonjolkan kepelbagaian dan bakat yang ada, bukan sahaja dalam kalangan pelajar Unimas,” katanya.

Ceramah kerjaya dan juga sesi temu ramah juga akan diadakan dan pelajar institusi pengajian tinggi dan  graduan, dan mereka yang sedang mencari pekerjaan dan tempat latihan industri digalakkan untuk hadir.

Untuk informasi selanjutnya, mereka boleh berhubung dengan Pusat Pembangunan Pelajar, Unimas melalui email unimastrace@event.unimas.my.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel