Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengarah JAS Johor bertukar ke Putrajaya


Tarikh kemaskini: 04/04/2019





JOHOR BAHRU, 4 April (Bernama) -- Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh diarah bertukar ke Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) berkuatkuasa 1 April lepas.

Mohammad Ezanni yang mengesahkan perkara itu kepada  Bernama berkata beliau kini dilantik sebagai Ketua Unit Pengurusan Sisa Toksik dan Pembuangan Berjadual Kebangsaan.

“Ya, memang betul saya ditukarkan tetapi ini (pertukaran) merupakan perkara yang positif, bukannya negatif. Saya menerima maklumat pertukaran minggu lepas, malah sekarang saya sudah berada di Putrajaya,” katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel