Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terminal Feri Penumpang Tawau kini dilengkapi penghadang gelombang bernilai RM19.6 juta


Tarikh kemaskini: 04/04/2019





TAWAU, 4 April (Bernama) -- Terminal Feri Penumpang Tawau kini dilengkapi kemudahan skrin penghadang gelombang sepanjang 181.2 meter yang bernilai RM19.6 juta, khusus bagi menjamin keselamatan pengguna.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony berkata tujuan utama pembinaan projek oleh Lembaga Pelabuhan Pelabuhan Sabah itu adalah bagi memastikan keselamatan para penumpang ketika naik atau turun daripada feri sentiasa terpelihara.

"Penghadang ini memberi ruang yang luas untuk feri keluar-masuk terminal dengan pergerakan operasi feri merapat dan belayar keluar serta menunggu untuk merapat ke poonton, dapat dilindungi dengan adanya penghadang gelombang ini," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian projek penghadang gelombang untuk Terminal Feri Penumpang itu di sini, menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Abdul Muis Picho.

Projek itu dimulakan pada 23 Febuari tahun lepas dan siap sepenuhnya pada 19 Disember dengan keupayaan mengurangkan siltation dan impak gelombang, sekaligus dapat menghindar kerosakan poonton daripada gelombang besar atau ombak besar ketika musim tengkujuh.

Peter dalam pada itu berkata pembinaan kemudahan itu membuktikan kerajaan negeri sentiasa berusaha menyediakan pembangunan infrastuktur terbaik kepada penduduk di Sabah.

Terminal Feri Penumpang Tawau adalah antara mercu tanda daerah ini yang menjadi pintu keluar masuk Malaysia-Indonesia sejak beroperasi pada 5 Disember 2016, dan ia mampu mengendalikan lapan feri dengan kapasiti 1000 penumpang pada satu masa.

Selain itu, terminal ini juga dijadikan sebagai Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS), sekali gus dapat memantau perjalanan penumpang membabitkan laluan Tawau-Nunukan, Indonesia serta Tawau-Tarakan, Indonesia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel