Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Azmin jumpa k'jaan Sarawak hujung bulan bincang cadangan cukai petroleum


Tarikh kemaskini: 04/04/2019





KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan berjumpa dengan Kerajaan Sarawak akhir bulan ini bagi membincangkan cadangan pelaksanaan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum tanpa memberi kesan ke atas hasil Kerajaan Persekutuan.

“Sebenarnya, sebaik sahaja Kerajaan Sarawak melontarkan cadangan ini, satu perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan telah diadakan kerana cadangan itu akan memberi kesan secara langsung ke atas hasil petroleum oleh Petronas dan sumbangan kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata dalam perbincangan peringkat awal, kerajaan negeri bersetuju perkara ini dibangkitkan dan diperhalusi di peringkat Jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963.

Azmin berkata demikian semasa menjawab soalan Wong Ling Biu (PH-Sarikei) mengenai impak cadangan ini kepada ekonomi Sarawak dan pendapatan Kerajaan Persekutuan.

Pada November 2018, Sarawak mengumumkan cadangan itu dalam usaha meningkat pendapatan negeri.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel