Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hanya empat gambar pembesar dipamer di premis kerajaan - Mohd Amar


Tarikh kemaskini: 04/04/2019





KOTA BHARU, 4 April (Bernama) -- Hanya empat gambar pembesar negeri dibenarkan untuk dipamerkan di semua premis kerajaan negeri dan Persekutuan di Kelantan berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata gambar-gambarnya ialah gambar Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, ayahanda baginda Sultan Ismail Petra dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.

“Ini yang saya faham daripada surat yang dikeluarkan pejabat SUK Isnin lepas. Lain daripada itu saya tidak tahu, bergantung kepada pejabat kerajaan Persekutuan. Saya nak tafsir pun tidak pandai... sebab itu kena rujuk kepada orang yang buat surat kerana dia yang lebih tahu pasal kandungan surat itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Amar mengesahkan surat itu adalah benar dan mempunyai tandatangan daripada pejabat SUK.

Timbalan SUK Datuk Adnan Hussin dalam satu pekeliling yang dikeluarkan pada 1 April lepas mengarahkan hanya empat gambar pembesar negeri digantung di semua premis kerajaan negeri dan Persekutuan manakala gambar-gambar selain itu adalah dilarang, dan pekeliling itu kemudiannya menjadi tular di media sosial sejak Isnin lepas, malah ada yang mempertikai kesahihannya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel