Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jalan ditutup bagi perlumbaan LTdL di Melaka


Tarikh kemaskini: 03/04/2019





MELAKA, 3 April (Bernama) -- Beberapa batang jalan di negeri ini akan ditutup bagi memberi laluan kepada perlumbaan peringkat kedua dan ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) pada 7 dan 8 April ini, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Supt Hasan Basri Yahya.

Katanya bagi perlumbaan peringkat kedua sejauh 200.6 kilometer (km) yang bermula dari Bandar Senawang, Negeri Sembilan itu melibatkan penutupan jalan utama di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) dari Simpang Ampat, Alor Gajah melalui Rembia, Paya Rumput, Cheng, Lorong Pandan, Durian Daun dan beberapa jalan di tengah bandar.

Beliau berkata laluan di Jalan Merdeka akan ditutup sepenuhnya bermula 2 petang bagi memberi laluan kepada pelumba-pelumba LTDL menamatkan saingan yang dijangka tiba pukul 3.30 petang di Dataran Pahlawan.

"Bagi perlumbaan peringkat keempat melibatkan jarak sejauh 180 km bermula di Muar dan tamat di Putrajaya juga akan melalui jalan di negeri ini sekitar 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari iaitu di daerah Jasin dan Alor Gajah antaranya Sungai Rambai, Merlimau, Kesang seterusnya Durian Tunggal, Pengkalan, Ayer Paabas dan Lubuk China.

“Justeru, pihak kita ingin menasihatkan orang ramai merancang perjalanan ketika perlumbaan tersebut berlangsung terutama kepada ibu bapa yang ingin mengambil anak-anak pulang dari sekolah,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.

Hasan Basri berkata, pihak polis juga ingin mengingatkan orang ramai agar tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran di atas jalan raya dan orang ramai diminta memaklumkan kepada balai polis berhampiran sekiranya terdapat halangan di jalan raya seperti tanah runtuh dan sebagainya.

Beliau berkata sejumlah 425 anggota dan pegawai akan ditugaskan sepanjang dua hari perlumbaan LTdL 2019 itu berlangsung di negeri ini bagi memastikan perlumbaan itu berjalan lancar.

“Kerjasama dan sokongan daripada penduduk di negeri ini amat dialu-alukan untuk menjayakan perlumbaan berprestij itu dan pengguna jalan raya juga diminta memberi kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi arahan pihak polis yang mengawal lalu lintas ketika berlangsungnya acara tersebut,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel