Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat terakhir mangsa bot terbalik di Sungai Pahang ditemui


Tarikh kemaskini: 03/04/2019





PEKAN, 3 April (Bernama) -- Mayat terakhir mangsa bot terbalik di Sungai Pahang berhampiran Pulau Awang Mandur pada Isnin lalu ditemukan terdampar berhampiran tebing Kampung Pasir Panjang hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata mayat Ng Boon Hoong, 33, yang bekerja sebagai pengurus pam pasir ditemui pada 9.20 pagi, kira-kira  empat kilometer dari lokasi kejadian oleh anggota bomba yang melakukan operasi pencarian permukaan sungai.

"Mayat dibawa ke Hospital Pekan bagi tujuan bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Semalam, mayat rakannya Chan Hoke Kei, 49, ditemukan tersangkut di jaring yang dipasang oleh penduduk kampung kira-kira-kira 60 meter dari lokasi kejadian. 

Dalam kejadian 4.45 petang Isnin lepas, dua lelaki itu dikhuatiri lemas selepas bot yang mereka naiki terbalik ketika sedang melakukan tinjauan dan merakam gambar kerja-kerja pengorekan pasir berhampiran pulau berkenaan.

Tiga lagi yang turut menaiki bot itu termasuk tekong warga Indonesia bagaimanapun  berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan memancing di kawasan tersebut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel