Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TDM Berhad lantik Zainal Abidin Shariff sebagai GCEO baharu 


Tarikh kemaskini: 02/04/2019





KUALA TERENGGANU, 2 April (Bernama) -- Kumpulan TDM Berhad, yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu melantik Zainal Abidin Shariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) yang baharu. 

Menurut satu kenyataan, pelantikan Zainal Abidin berkuatkuasa semalam bagi mengisi kekosongan selepas penamatan kontrak Datuk Mohamat Muda pada 31 Januari lalu.

Zainal Abidin, 52, menyertai TDM Berhad berdasarkan pengalaman selama 28 tahun dalam sektor korporat khususnya berkaitan pengurusan operasi, transformasi kewangan, tadbir urus, cukai dan audit yang diyakini mampu menerajui pertumbuhan konsisten TDM.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Pengerusi TDM Berhad, Datuk Raja Idris Raja Kamarudin berkata beliau yakin dengan kewibawaan Zainal Abidin kerana sebelum ini pernah bertugas dengan Persatuan Penanam Gabungan selaku Ketua Eksekutif.

"Lebih jauh lagi kami akan lancarkan Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) dan Rancangan Pembangunan Perniagaan (BDP) dan inisiatif lain bagi mengukuhkan Kumpulan untuk pertumbuhan mampan pada masa depan.

"Pengalamannya dalam industri perladangan dan kepakarannya dalam mengatasi perubahan pengurusan, adalah kemahiran penting untuk memacu TDM dalam rancangan VCP & BDP untuk pencapaian agresif mengikut sasaran yang ditetapkan oleh lembaga pengarah," demikian menurut kenyataan tersebut.

Zainal Abidin merupakan lulusan Sarjana Kewangan dari RMIT University, Melbourne, Australia pada 2006.

TDM Berhad yang ditubuhkan pada 1965 dan tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia, dengan sektor perladangannya menguruskan 16 ladang kelapa sawit dan tiga buah kilang komoditi idi Terengganu dan Indonesia.

Di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd pula, TDM mempunyai rangkaian hospital pakar iaitu Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) di Selangor, Kuantan Medical Centre (KMC) di Pahang, Taman Desa Medical Centre (TDMC) di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) di Terengganu

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel