Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jauhi sikap jalankan projek untuk golongan tertentu - Sultan Mizan


Tarikh kemaskini: 01/04/2019





KUALA TERENGGANU, 1 April (Bernama) -- Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini bertitah mengingatkan kerajaan negeri agar menjauhkan sikap menjalankan projek yang semata-mata untuk golongan tertentu hingga mengetepikan kepentingan rakyat.

Baginda bertitah dalam mencapai hasrat itu, kerajaan negeri perlu menekankan kepentingan dasar tadbir urus yang baik dan berusaha menggembleng setiap kepakaran yang ada.

Sultan Mizan turut menzahirkan kesyukuran atas semangat perpaduan yang ditunjukkan di kalangan pemimpin di negeri itu tanpa mengira parti politik.

"Akhir-akhir ini beta berasakan ada banyak perkara sedang berlaku dan dilihat seperti ada pihak yang ingin menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan yang telah terbina sekian lama.

"Ada pihak yang berani melakukan perkara yang menyentuh kesucian agama Islam dan memperlekeh institusi diraja yang berpotensi mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Beta mahu pihak berkenaan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara seperti ini tidak menular di negeri ini," titah baginda.

Baginda bertitah demikian sewaktu menyampaikan titah ucapan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini.

Selain itu, Sultan Mizan turut menitahkan agar kerajaan negeri memberi perhatian serius kepada pelaburan modal insan yang berkualiti, mempunyai nilai-nilai murni, berakhlak mulia dan berdaya saing.

Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan kerajaan persekutuan dalam pembangunan intrastruktur di Terengganu melalui pelaksanaan program dan projek pembangunan menerusi Rancangan Malaysia ke-11.

"Sebanyak 260 projek telah dirancang dengan peruntukan sebanyak RM1.03 bilion telah disediakan oleh kerajaan persekutuan.

"Beta berharap semua pihak yang berkenaan dapat memastikan pelaksanaan semua projek ini berjalan dengan sempurna dan mencapai matlamatnya," titah baginda. 

Terdahulu Sultan Mizan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 dengan diiringi Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel