R1ufl4cMzbM Lima beranak pulang kenduri kahwin maut kemalangan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lima beranak pulang kenduri kahwin maut kemalangan


Tarikh kemaskini: 31/03/2019





MARAN, 31 Mac (Bernama) -- Perjalanan pulang lima beranak selepas menghadiri majlis perkahwinan berakhir dengan tragedi apabila mereka maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 101, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman berkata, mereka yang maut ialah Musa Abdullah, 31, isterinya, Norsuraya Mohd Noor, 30, dan anak mereka Muhammad Zulkarnain, 3, serta ibu bapa Norsuraya, Mohd Noor Che Mat, 78, dan Hashimah Ismail, 66.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, kesemua mangsa, yang berasal dari Felda Jengka 6, Maran, meninggal dunia tempat kejadian.  

Norzamri berkata kejadian turut menyebabkan seorang lagi anak Norsuraya, Nur Quraitun Ain, 5, patah kaki dan kini dirawat di zon merah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu Norsuraya untuk pulang ke rumah mereka di Felda Jengka 6, Maran, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan sebelum bertembung dengan dua kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Norzamri berkata sebuah kereta Proton Iswara dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux, dalam perjalalan ke arah Kuala Lumpur, dipercayai tidak dapat mengelak kereta mangsa.

Beliau berkata pemandu dua kenderaan itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. 

Mayat lima beranak itu dihantar ke Hospital Jengka, untuk bedah siasat, katanya.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

UniSZA muncul universiti rujukan manuskrip digital pertama di Malaysia

 
     

Masalah kemiskinan di Kelantan masih serius

 
     

Sarawak alu-alukan siasatan SPRM - Abdul Karim

 
     

Tambak laut: Anwar akan bertemu Ketua Menteri untuk bincang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel