Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Balai Seni Negara Langkawi bakal jadi tarikan terbaharu


Tarikh kemaskini: 30/03/2019





LANGKAWI, 30 Mac (Bernama) -- Balai Seni Negara cawangan Langkawi atau NAG@Langkawi bakal menjadi satu lagi produk pelancongan terbaharu sekaligus menarik lebih ramai jumlah pengunjung ke pulau bebas cukai ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata pemilihan Langkawi sebagai destinasi balai seni cawangan itu  dilihat bakal memberikan senario serta potensi baru kepada produk pelancongan melalui seni visual di pulau ini khasnya dan negara umumnya.

Katanya jumlah tersebut dapat dicapai menerusi aktiviti pameran dan program seni visual di NAG@Langkawi.

“Menerusi data Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Langkawi Tourism, jumlah pengunjung ke pulau lagenda ini dicatatkan lebih dari 3.6 juta orang meliputi pelancong domestik dan antarabangsa tahun lalu.

“Justeru kita mengharapkan agar angka tersebut terus meningkat berterusan dan menjadi salah satu pertumbuhan indeks ekonomi negara yang konsisten,” katanya ketika merasmikan NAG@Langkawi, di sini.

Mengulas lanjut, Mohamaddin mahu komuniti seni di Langkawi mendapat manfaat keberadaan balai seni tersebut menerusi program serta aktiviti yang boleh dirancang bersama.

“Saya amat mengharapkan akan lebih ramai lagi pelukis yang melihat potensi Langkawi sebagai lokasi seni yang berwibawa. Malah hari ini saya dimaklumkan terdapat beberapa komuniti seni visual yang bergiat aktif seperti Persatuan Artist Seni Visual Langkawi (LAVA),” katanya.

NAG@Langkawi yang terletak di Dayang Commercial Square, Kuah telah memulakan operasi pada 25 Mac yang lalu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel